Ekspo Pertanian Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau Jadi Acara
Bulanan
TAWAU, 9 Jun (Bernama) -- Ekspo Pertanian Majlis Pembangunan Pertanian
Parlimen (MPPP) Tawau akan dijadikan acara bulanan bagi memantapkan sektor
pertanian di daerah ini, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu
Bakar Titingan.
Tawfik berkata program itu mampu membuka peluang kepada para petani dan nelayan
untuk memasarkan hasil pertanian dan laut kepada masyarakat.
Berucap melancarkan ekspo tersebut di perkarangan Sabindo Plaza di sini, Sabtu,
Tawfik berkata hasil tanaman para petani khususnya di Pusat Pengeluaran Makanan
Kekal di Batu 15, Jalan Apas dapat dijual secara langsung kepada pengguna.
Ekspo sehari itu anjuran bersama beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, FAMA, Pertubuhan Peladang, Tekun Nasional, Agro Bank, Jabatan Perikanan, Persatuan Nelayan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Koperasi Pembangunan Desa, dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Katanya, ekspo itu turut mencatat sejarah kerana dianjurkan tanpa memerlukan dana kerajaan, sebaliknya agensi terlibat bergotong royong menyediakan tapak dan khemah untuk peserta.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment