Tuesday, 15 May 2012

TAKLIMAT ZAKAT BINATANG TERNAKAN & ZAKAT PERTANIAN

Pagi 14hb Mei 2012 - Bertempat di bilik mesyuarat PPK Tawau telah diadakan taklimat berkaitan Zakat Binatang Ternakan dan Zakat Pertanian yang disampaikan oleh kakitangan Pusat Zakat Sabah.

Program ini telah dihadiri oleh pelbagai peringkat dari kalangan ahli  termasuk usahawan, penternak dan petani. Selain bertujuan menambah pengetahuan masyarakat peladang tentang kaedah pengiraan bayaran zakat bagi kedua-dua bidang ( ternakan & tanaman ) program ini juga diharapkan akan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam daerah ini tentang tanggungjawap dan kewajipan membayar zakat.  

Friday, 11 May 2012

PEMENANG ANUGERAH PELADANG - 2011

Seramai tigabelas orang ahli peladang kawasan Tawau yang layak menerima anugerah tahunan PPK Tawau bagi lapanbelas kategori bersempena dengan majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 15 pada 28hb April 2012 lalu.

Anugerah ini amat bermakna kepada ahli-ahli yang terlibat kerana ianya merupakan pengiktirafan atas pencapaian dan usaha gigih mereka selama ini, samada sebagai pengusaha, penggerak masyarakat peladang maupun sebagai ahli biasa pertubuhan ini.

Paling manis anugerah kepada pemenang telah disampaikan sendiri oleh Yang Berusaha Tuan HJ.Kamalrul Badri Bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pertubuhan Peladang.










SENARAI NAMA PEMENANG ANUGERAH PELADANG 

Thursday, 10 May 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 15

Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau telahpun mengadakan mesyuarat agung tahunannya untuk kali yang ke 15 pada 28hb April 2012 yang lalu. Majlis Perasmian diadakan di salah sebuah hotel di Tawau dan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Kamalrul Badri Bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ) Lembaga Pertubuhan Peladang.

Majlis turut dihadiri Puan Anita Binti Hj.Misuari, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah.

Semasa berucap dalam majlis perasmian ini Tuan Hj. Kamalrul Badri Bin Mat Ali, antara lain mengingatkan kepada seluruh ahli peladang, penternak dan nelayan tentang cabaran utama yang mesti digalas iaitu mempastikan negara berupaya menghasilkan makanan yang mencukupi bagi keperluan negara pada masa akan sekarang  dan akan datang.

Majlis perasmian diakhiri dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada seramai  20 orang anak-anak ahli peladang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun 2011 yang lalu.

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian anugerah peladang kepada seramai 18 orang ahli mengikut kategori yang telah ditentukan.Majlis ini juga menyaksikan Tuan Hj. Samsudin Bin Labandu telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Peladang Jaya Lelaki ( PPK Tawau ) dan Puan Mariam Binti Harun Peladang Jaya Wanita ( PPK Tawau ) bagi tahun 2011.